Sumber
Parti BERSAMA Malaysia
Tarikh asal
6 Okt 2026
Platform
Laman BERSAMA
Tokoh
Rafizi Ramli, Sum Dek Joe

Teks pengenalan Belanjawan Bayangan Kancil 2027 daripada laman rasmi BERSAMA, ditandatangani Rafizi Ramli pada 6 Oktober 2026, disiarkan di bawah. Dokumen penuh Bahasa Melayu (153 halaman) dan slaid pembentangan Sum Dek Joe bertarikh 7 Oktober 2026 (48 halaman) tersedia melalui pautan rujukan.

Ringkasan

BERSAMA menerbitkan Belanjawan Bayangan Kancil 2027 dengan cadangan dasar fiskal dan ekonomi untuk cabaran generasi kini serta masa depan. Pengenalan Rafizi Ramli, dokumen penuh dan slaid pembentangan Sum Dek Joe boleh dirujuk di sini.

Perkara Utama

  • BERSAMA mengetengahkan keperluan anjakan pendekatan ekonomi dan fiskal yang bersesuaian dengan cabaran abad ke-21.
  • Dokumen mengemukakan persoalan serta cadangan dasar untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan generasi masa depan.
  • Rafizi Ramli berharap penerbitan ini membuka ruang perbincangan dasar yang lebih meluas dalam masyarakat.
  • Pembaca boleh mengakses dokumen belanjawan penuh dan slaid pembentangan Bahasa Melayu melalui pautan asal BERSAMA.

Kenyataan

Setiap perkara di sekeliling kita bersifat dinamik.

Kejayaan yang dibina sebelum kita, tidak menjamin kejayaan sekarang atau masa hadapan.

Pendekatan yang berkesan sebelum ini tidak bermakna akan memberi kesan yang sama sekarang.

Lebih-lebih lagi, kita berhadapan dengan satu set masalah unik untuk zaman ini yang mempengaruhi bentuk cabaran yang perlu ditangani di masa depan oleh generasi selepas kita.

Maka, kita tidak boleh dibelenggu oleh pemikiran yang dibentuk dalam abad ke-20 untuk menyelesaikan masalah dan menangani cabaran abad ke-21.

Belanjawan Bayangan Kancil 2027 yang dibangunkan BERSAMA adalah satu ikhtiar untuk membuka minda rakyat bahawa negara memerlukan anjakan pendekatan dan pemikiran yang bersesuaian dengan abad ke-21.

Kami melontarkan beberapa soalan pokok untuk generasi kini dan masa depan, dilengkapi dengan cadangan-cadangan utama yang menyentuh dasar fiskal dan ekonomi untuk menyelesaikan cabaran-cabaran kini dan mendatang.

Belanjawan Bayangan Kancil 2027 memberi kontras ketara di antara pendekatan yang objektif dan kritis untuk melindungi kesejahteraan rakyat, berbanding sambungan kepada kaedah ekonomi sedia ada yang terus dikekalkan walaupun kerajaan silih berganti.

BERSAMA meletakkan harapan yang tinggi agar persoalan-persoalan pokok yang diketengahkan di dalam dokumen ini merintis kepada diskusi dasar yang lebih meluas dalam masyarakat.

RAFIZI RAMLI 6 Oktober 2026

SUMBER ASAL

Parti BERSAMA Malaysia

Laman BERSAMA · 6 Okt 2026

Lihat Kenyataan Asal

Rujukan dan Sumber

Laman rasmi Belanjawan Bayangan Kancil 2027

Dokumen penuh Bahasa Melayu — 153 halaman

Slaid pembentangan Sum Dek Joe — Bahasa Melayu, 48 halaman

Buka dokumen PDF