Sumber
Rafizi Ramli bagi pihak BERSAMA
Tarikh asal
5 Okt 2026
Platform
Facebook
Tokoh
Rafizi Ramli

Kenyataan media Rafizi Ramli bagi pihak BERSAMA bertarikh 5 Oktober 2026, dikongsi melalui Facebook Rafizi Ramli dan Parti Bersama. Teks kenyataan asal disiarkan di bawah.

Ringkasan

Rafizi Ramli, bagi pihak BERSAMA, mengumumkan pembentangan Belanjawan Bayangan 2027 pada 7 Oktober 2026, jam 8 malam di Ibu Pejabat BERSAMA, diikuti forum bersama tokoh ekonomi bebas. Pendaftaran kehadiran melalui laman bersama.org.

Perkara Utama

  • Pembentangan diumumkan untuk Rabu, 7 Oktober 2026, jam 8 malam di Ibu Pejabat BERSAMA.
  • Belanjawan Bayangan 2027 mengemukakan pendekatan alternatif terhadap cabaran utama negara, dengan angka berasaskan proses ekonometrik.
  • Pembentangan akan disusuli forum bersama tokoh ekonomi bebas.
  • Pendaftaran kehadiran melalui bersama.org: klik “Acara” dan pilih Belanjawan Bayangan.
  • Menurut kenyataan, dokumen akan tersedia di bersama.org bermula jam 8 malam pada 7 Oktober 2026.

Kenyataan

BERSAMA akan membentangkan Belanjawan Bayangan 2027 pada hari Rabu, 7 Oktober ini jam 8 malam di Ibu Pejabat BERSAMA.

Sementara pentas politik terus kecoh dengan pelbagai drama politik, tumpuan yang sama sepatutnya diberikan kepada perkara-perkara dasar yang ada kesan besar kepada kehidupan seharian rakyat.

Malangnya, perkara seperti ini tidak diberikan perhatian oleh parti-parti politik atau pun masyarakat.

Akhirnya, belanjawan yang dibentangkan kerajaan setiap tahun menjadi acara menunggu gula-gula yang bakal diumumkan.

Belanjawan 2027 berkemungkinan belanjawan terakhir pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU16.

Sebarang program atau dasar berbentuk gula-gula yang menelan peruntukan tinggi akan mempunyai kesan besar kepada kedudukan kewangan negara dan beban yang akan diwariskan kepada generasi masa depan.

Belanjawan Bayangan 2027 akan menggariskan pendekatan alternatif dalam menangani cabaran-cabaran utama negara. Ia telah melalui proses ekonometrik yang sewajarnya, untuk memastikan angka-angka yang digunakan adalah berasaskan realiti.

Ada beberapa anjakan besar yang dicadangkan yang mencabar pendekatan “business-as-usual” dan “conventional wisdom” yang menjadi asas kepada belanjawan-belanjawan kerajaan sebelum ini.

Pembentangan Belanjawan Bayangan 2027 oleh BERSAMA akan disusuli dengan satu forum yang melibatkan tokoh-tokoh ekonomi bebas.

Saya menjemput orang ramai, pihak media, ahli akademik dan aktivis untuk hadir ke majlis pembentangan Belanjawan Bayangan 2027 di Ibu Pejabat BERSAMA pada hari Rabu, 7 Oktober ini.

Ahli BERSAMA dan orang ramai boleh mendaftar kehadiran di laman bersama.org, klik “Acara” dan pilih Belanjawan Bayangan.

Dokumen Belanjawan Bayangan 2027 akan dimuat naik ke laman bersama.org dan boleh diakses orang ramai bermula jam 8 malam, 7 Oktober 2026.

5 Oktober 2026

Bagi pihak BERSAMA RAFIZI RAMLI

SUMBER ASAL

Rafizi Ramli bagi pihak BERSAMA

Facebook · 5 Okt 2026

Lihat Kenyataan Asal

Rujukan dan Sumber

Laman BERSAMA — pendaftaran melalui menu Acara